Google

Tuesday, February 6, 2007

Perancangan

Sebelum anda memulakan perniagaan mail order ini, anda perlulah membuat perancangan kepada perniagaan anda ini. Perancangan ini amat penting kerana dari sinilah bermulanya perniagaan anda. Perancangan yang baik sudah tentu akan menghasilkan pulangan yang menarik kepada anda. Gunakan kepakaran anda untuk mencetuskan idea-idea menarik yang boleh dijadikan komoditi untuk dipasarkan.

Produk Dan Pasaran


Perkara pokok di dalam Semua perniagaan adalah produk, tidak kira apa jenis perniagaan yang anda lakukan pastinya produk dan pasaran itu adalah perkara utama. Seseorang yang mempunyai produk yang bagus apa lagi produk itu adalah dihasilkan olehnya sendiri pasti akan dapat bertahan lama dan hampir langsung tidak ada persaingan dengan pihak lain.
Untuk menghasilkan produk, factor utama yang perlu di ambil kira adalah permintaan pasaran. Hasilkan produk yang di cari atau diperlukan oleh Semua orang. Sebenarnya tidak susah untuk orang yang menggunakan akalnya untuk menghasilkan produk. Contohnya anda, setiap kali anda membeli akhbar, pasti anda akan mencari ruangan yang boleh membantu anda menambahkan pendapatan. Disini telah timbul satu permintaan iaitu peluang menambah pendaptan.
Jurteru itu tidak heranlah saban hari bermacam-macam iklan keluar dengan tajuk yang hampir sama itu iaitu peluang meraih pendapatan lumayan hanya dari rumah.
Pernahkah anda menghubungi pihak yang mengiklan itu untuk mendapatkan apakah cara untuk mencari duit tambahan di rumah. Kalau anda belum lagi menghubungi pengiklanan berkenaan, jangan terkejut jika saya katakana yang mengiklankan itu mendapatkan wang hanya dengan menjual beberapa helai kertas atau pun cd yang di dalamnya menceritakan bagaimana buat duit dengan tajuk-tajuk tertentu atau pun tak kurang hanya menceritakan kisah orang lain jadi kaya, sedangkan dia sendiri tidak mengamalkan apa yang tertulils di dalam risalah berkenaan. JADI DIA KAYA KERANA MENJUAL RISALAH SECARA POS. Inilah yang dikatakan kekuatan perniagaan pos. Produk yang pasti nya tidak boleh dijual di pasaran terbuka, iaitu hanya helaian kertas, mampu terjual dengan harga yang tinggi hanya dari rumah dengan kaedah mail order.

Namun, cara ini tidak berapa digalakkan kerana ianya seperti menipu pelanggan yang berharap dapat dibantu untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Carilah produk yang bersesuaian dan yang betul-betul berkesan.

KELEBIHAN BERNIAGA SECARA POS

Kebebasan Waktu

Tidak ada satu pun teknik perniagaan di dunia ini yang memberikan anda kebebasan waktu yang mutlak kepada anda selalin daripada perniagaan pos. Anda bebas bergerak ke mana-mana, tidak perlu risau pasal pekerja, kena jaga Kedai, dan anda juga boleh membawa bersama perniagaan anda kemana sahaja anda pergi hatta bercuti sekalipun.
Tidak ada sesiapa yang mengganggu anda di pagi buta

Atau malamhari mengetuk pintu Kedai atau anda perlu menghadiri mensyuarat denganjabatan dan sebagainya. Dunia ini seolah anda yang punya. Dengan kewangan yang tidak bermasalah dan masa yang panjang akan membolehkan anda amerehatkan diri anda sepuasnya.

Jimat Kos

Perniagaan Pos tidak memerlukan anda memperuntukkan modal yang banyak, dari rumah anda sudah boleh memulakannya, tidakperlu ada pekerja, anda sendiri boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja.
Jika anda memasarkan produk dari jenis bahan bercetak ataupun cd, ianya tidak memerlukan anda menyimpan stok yang banyak, pada bila-bila masa anda boleh menerbitkannya dengan mudah.
Tidak seperti perniagaan jenis lain yang memerlukan Kedai/pejabat dan ruang pamiran, stok yang banyak untuk menarik pelanggan. Kami di permulaan dulu hanya menyimpan 10 botol minyak kelapa dara 125 ml sahaja.
Banyak lagi keistimewaan perniagaan pos ini jika ingin diperkatakan di sini, tetapi apa pun ia cukup sesuai untuk anda samada untuk melakuklan secara sambilan atau pun sepenuh masa.

BAGAIMANA MEMULAKAN MAIL ORDER BISNES

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN POS (MAIL ORDER)

Perniagaan pos merupakan satu teknik atau strategi perniagaan yang amat berkesan untuk memasarkan sesuatu barangan dengan mudah dan boleh memberikan pulangan yang lumayan. Kaedah ini telah lama diguna pakai di seluruh dunia dan ternyata telah melahirkan banyak jutawan terkemuka.

Di Malaysia perniagaan jenis ini masih lagi di tahap permulaan dan tidak ramai yang memilih jalan ini untuk memasarkan produk mereka. Oleh kerana perniagaan pos di Malaysia masih belum ramai yang menceburinya, peluang amat besar sekali kepada mereka yang ingin menjadikan impian untuk memiliki kehidupan yang sempurna menjadi reality.

Untuk berjaya di dalam perniagaan POS, perlulah memahami konsepnya terlebih dahulu, teknik pengiklanan berkesan dan cara mengedalikan respon dari pelangggan. Berdasarkan pengalaman kami, tips-tips yang akan di sampaikan nanti mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan mail order ini.

Kunci untama untuk berjaya di dalam mail order adalah teknik pengiklanan, produk dan keyakinan pelanggan terhadap apa yang kita iklankan. Di dalam CD ini akan menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah tersebut. Walaumacamana pun kejayaan sebenar anda adalah terletak pada diri anda sendiri. Orang yang boleh berfikir dengan kreatif dan pandai mengambil peluang akan mendahului mereka yang mempunyai sikap tunggu dan lihat.

Produk yang kelihatan simple dan tidak mampu dijual di pasaran terbuka juga boleh memberi keeuntungan yang lumayan melalui kaedah perniagaan pos. Selain daripada pasaran yang luas dan tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, pengusaha perniagaan pos sebenarnya mempunyai kebebasan di dalam menguruskan masa. Pengalaman penulis di dalam mengedalikan perniagaan pos ini akan di jadikan landasan untuk berkongsi kunci kekayaan dengan anda. Teruskanlah penjelajahan anda ke halaman-halaman seterusnya, semoga anda akan di temukan dengan idea yang mampu memberikan anda wang yang anda impikan selama ini.

7 langkah bebas hutang

LANGKAH 1

Hutang berkait rapat dengan perbelanjaan. Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, maka di situ hutang akan bermula. Oleh sebab itu, perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk membebaskan diri kita dari belenggu hutang adalah dengan mengawal perbelanjaan kita. Tetapi, perbelanjaan manakah yang perlu dikawal ? Sudah pastilah perbelanjaan yang berlebihan dan tidak penting. Untuk mengetahui apakah perbelanjaan kita yang berlebihan dan tidak penting, kita perlu menyediakan satu Belanjawan Utama atau Master Budget.
Master Budget adalah satu senarai perbelanjaan kita berkadar dengan pendapatan yang kita dapat dalam sebulan. Pada peringkat awal ini. Fokuskan untuk menyenaraikan perbelanjaan bulanan kita dahulu. Bagaimana caranya ? Ambil sekeping kertas dan tuliskan “Master Budget” pada bahagian atasnya. Kemudian senaraikan bil-bil tetap yang perlu kita bayar pada setiap bulan seperti bil api, bil air, bil telefon, rumah, kereta, kad kredit, astro, internet dan sebagainya. Jangan tuliskan jumlahnya dahulu.

LANGKAH 2

Langkah kedua adalah menyenaraikan perbelanjaan harian yang tidak tetap. Maksudnya perbelanjaan harian kita yang lain seperti petrol, makan, minum, pakaian, ubat-ubatan, rokok, majalah, surat khabar, tol dan sebagainya. Tetapi sebelum itu kita perlu mengkelaskan semua perbelanjaan tersebut kepada beberapa kategori yang besar agar mudah untuk kita menganalisanya kelak. Jadi bahagikan perbelanjaan tersebut kepada beberapa bahagian seperti, pengangkutan, makan minum, kesihatan, pakaian, hiburan, pendidikan dan macam-macam lagi.
Kemudian, anda perlu mencatatkan setiap perbelanjaan anda berdasarkan kategori tersebut. Semua perbelanjaan, maksudnya setiap kali duit anda keluar, anda perlu mencatatkannya tidak kira sama ada banyak atau sedikit. Bagaimana hendak mencatat ? Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli sebuah buku kecil dan menetapkan setiap kategori bagi helaian yang berbeza. Oleh itu, anda akan ada satu helai untuk mencatat perbelanjaan pengangkutan anda dan helaian yang lain untuk mencatat kategori yang lain. Di sini terdapat beberapa syarat yang perlu anda patuhi bagi memastikan anda mendapat maklumat yang tepat.
Pertamanya, anda perlu menjalani kehidupan seperti bulan-bulan yang lepas. Jangan terfikir langsung untuk berjimat sekiranya sebelum ini anda memang tidak pernah berkira semasa berbelanja. Jika sebelum ini anda berkereta ke pejabat, jangan ubah dengan menunggang motorsikal kerana anda akan berjimat pada petrol dan tol jika berbuat demikian. Pendek kata, tiru betul-betul kehidupan anda sebelum ini kerana kita mahukan maklumat perbelanjaan anda yang sebenar, bukan yang dibuat-buat.
Keduanya, anda perlu jujur dalam mencatat. Jangan tinggalakan walaupun satu sen perbelanjaan anda. Catat kesemuanya walaupun anda merasakan perkara itu remeh. Tulis setiap perkara dengan lengkap. Kalau anda bersarapan di luar, jangan tulis sarapan sahaja, tulis sekali menu apa yang anda makan. Catatkan masa, tarikh dam jumlah wang yang telah anda keluarkan.
Semasa mencatat perbelanjaan anda, satu ketika anda akan terjumpa dengan perkara yang tidak boleh anda letakkan dalam mana-mana kategori. Ataupun anda keliru di antara dua kategori. Di sini anda perlu membuat keputusan yang tepat dan anda perlu jujur dengan keputusan anda. Contohnya apabila anda membeli majalah Bola Sepak atau Wanita. Anda keliru untuk mencatatkan pembelian anda di bawah kategori pendidikan atau hiburan. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan segera dengan menentukan kategorinya. Contohnya anda berkata “ Okay, mulai sekarang segala majalah akan diletakkan di bawah kategori hiburan.”

LANGKAH 3

Langkah 2 di atas bertujuan untuk mengenalpasti segala perbelanjaan anda dalam sebulan. Atau secara lebih tepat, ke mana anda menghabiskan wang anda pada bulan tersebut. Kaedah ini mengandaikan anda mempunyai corak perbelanjaan yang sama atau pun hampir sama setiap bulan. Oleh itu, hasil catatan yang anda lakukan dalam langkah 2 tersebut akan mewakili keseluruhan perbelanjaan pada bulan-bulan yang lain.
Dalam langkah 3 ini, anda perlu menjumlahkan kesemua perbelanjaan mengikut kategori masing-masing bermula dari hari yang pertama hingga hari yang terakhir bulan tersebut. Dari situ anda akan dapat melihat berapa wang yang telah anda keluarkan untuk sesuatu perkara sama ada penting atau tidak penting, perlu atau tidak perlu. Di sini anda mungkin akan terkejut apabila menyedari anda mungkin menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk satu perkara remeh yang anda lakukan setiap hari. Contohnya anda minum kopi atau teh tarik bersama rakan sebelum masuk ke pejabat setiap hari sedangkan di rumah tadi anda telah pun bersarapan dengan anak dan isteri anda. Anda telah membelanjakan RM 2.00 sehari untuk minum kopi bersama rakan, yang bersamaan dengan RM 40 sebulan. Lebih baik jika anda bawa bekal minuman panas dari rumah dan minum bersama rakan di pejabat. Atau pun berpakat dengan rakan untuk membeli kopi segera “3 in 1” dan buat sendiri di pejabat. Ini kerana anda sebenarnya bukan mahu menikmati kopi atau teh tarik yang sedap, tetapi anda mahu bersama rakan-rakan anda sebelum memulakan kerja masing-masing. Kalau betul pun anda memang peminat kopi, mengapa tidak hadkan kepada sekali atau dua kali sahaja dalam seminggu.
Sesudah anda jumlahkan kesemua perbelanjaan tersebut mengikut kategori, pindahkan kategori-kategori tersebut dan jumlah perbelanjaannya masing-masing ke helaian “Master Budget” anda. Maksudnya, sesudah menyenaraikan bil-bil bulanan anda, kini anda menyenaraikan perbelanjaan harian anda ke dalam Master Budget anda mengikut kategori. Jika bil-bil yang anda senaraikan itu telah sampai ke rumah anda, isikan jumlahnya ke dalam Master Budget anda. Anda juga boleh gunakan bil-bil pada bulan-bulan yang lepas dengan syarat anda dan keluarga anda berada di rumah dan menggunakan semua perkhidmatan tersebut selama sebulan penuh. Maksudnya dalam bulan itu anda tidak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh masa yang lama yang akan menyebabkan bil-bil anda akan berkurangan dari kadar biasa.

LANGKAH 4
Langkah 4 meminta anda menyenaraikan semua pendapatan selepas cukai anda ke dalam Master Budget anda. Anda juga perlu membuat dua jadual perbelanjaan yang berbeza bagi dua jangkamasa pembayaran. Maksudnya anda membuat keputusan sebahagian bil akan di jelaskan pada 1 haribulan dan yang lain pada 15 haribulan setiap bulan. Biasanya pembayaran bagi bil-bil yang tidak mempunyai denda lewat bayar akan dibuat pada 15 haribulan. Pada 1 haribulan anda perlu menjelaskan pembayaran bagi bil-bil yang mengenakan denda bagi mengelakkan faedahnya meningkat jika terlewat bayar. Dari pemerhatian yang telah dibuat, pembayaran semua bil sekaligus akan mengikat perbelanjaan anda kerana anda terpaksa membayar jumlah yang besar bagi kesemua bil.

LANGKAH 5

Kini anda perlu mengimbangkan perbelanjaan dan pendapatan anda. Kaedahnya jumlahkan kesemua perbelanjaan anda begitu juga pendapatan. Bandingkan jumlah mana yang lebih besar. Jika jumlah pendapatan lebih besar, letakkan jumlah perbelanjaan di bawah jumlah pendapatan dan tolakkan. Maka anda akan dapati bakinya di sebelah ruangan pendapatan yang bermaksud anda masih mempunyai wang. Jika sebaliknya berlaku, letakkan jumlah pendapatan di bawah jumlah perbelanjaan dan tolakkan. Anda akan dapati bakinya berada di sebelah ruangan perbelanjaan yang membawa maksud anda berbelanja melebihi pendapatan atau over limit.
Dalam apa keadaan sekalipun sama ada anda masih ada wang atau over limit, anda perlu memastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM 100 di dalam akaun anda. Teliti semula setiap kategori perbelanjaan anda dan cari jalan bagaimana anda boleh mengurangkan jumlah perbelanjaannya. Anda mungkin perlu memikirkan kategori manakah yang penting dan perlu dalam hidup anda sekeluarga dan kategori mana pula yang sebaliknya. Contohnya, anda mungkin membelanjakan RM 100 seminggu dalam kategori hiburan yang melibatkan makan di luar, tengok wayang, bil astro, menyewa filem, main futsal dan sebagainya. Jumlah tersebut adalah RM 400 sebulan. Kenapa tidak anda usahakan supaya anda sekeluarga cuma membelanjakan RM 200 untuk hiburan supaya baki lagi RM 200 boleh anda gunakan untuk menambah pembayaran bagi hutang kad kredit anda yang berfaedah tinggi. Begitu juga dalam kategori-kategori yang lain, anda perlu bijak untuk meletakkan berapa had perbelanjaan anda bagi setiap kategori. Dahulukan perkara-perkara yang penting yang akan mengganggu kehidupan anda jika tidak dapat dilaksanakan.
Jangan sekali-kali memotong terus perbelanjaan bagi setiap kategori atau anda akan kecewa dan bosan dengan perancangan anda sendiri. Kurangkan perbelanjaan anda dalam kadar yang sesuai dan cuba mengamalkannya dalam sebulan kemudian buat pengubahsuaian jika tidak sesuai. Syaratnya anda perlu ingat objektif anda adalah untuk menjimatkan perbelanjaan agar dapat melangsaikan hutang dengan segera. Anda boleh gunakan dua cara sama ada mengurangkan aktiviti anda yang melibatkan wang atau pun cari jalan supaya anda tidak membayar atau membayar sedikit untuk meneruskan aktiviti anda. Contohnya, jika anda gemar bermain futsal, anda boleh pilih sama ada mengurangkan kekerapan anda bermain ataupun mengurangkan perbelanjaan anda dengan mencari gelanggang yang lebih murah atau main sahaja di padang awam yang tidak dikenakan bayaran apa-apa. Anda masih boleh menyepak bola seperti biasa dan dalam masa yang sama hutang anda semakin susut.

LANGKAH 6

Langkah 6 adalah langkah untuk mengaplikasikan Master Budget anda ke dalam kehidupan harian anda. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah tentukan had-had perbelanjaan bagi setiap kategori yang telah anda senaraikan. Contohnya dalam langkah 5 tadi, anda telah membuat keputusan untuk menghadkan perbelanjaan bagi hiburan kepada RM 200 sahaja. Tuliskan jumlah tersebut di bahagian atas helaian bagi hiburan dalam buku nota anda. Anggapkan helaian itu sebagai akaun mini anda bagi kategori tersebut. Setiap perbelanjaan perlu dikategorikan dan jumlah yang telah dibelanjakan perlu dipotong dari akaun mini kategori tersebut.
Contohnya anda telah membeli majalah berharga RM 5. Anda telah membuat keputusan untuk meletakkan majalah di bawah kategori hiburan. Maka RM 5 perlu ditolak dari akaun mini hiburan menjadikan bakinya tinggal RM 195. Begitu juga dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Jika ada perbelanjaan baru yang anda belum kategorikan seperti sumbangan derma bagi rakan sepejabat yang dilanda musibah, anda perlu membuat keputusan segera untuk meletakkannya di bawah satu kategori yang khusus. Dan seperti biasa, jumlah tersebut perlu ditolak dari akaun mini kategori tersebut.
Anda perlu membawa buku nota anda ke mana sahaja anda pergi. Jika baki akaun mini hiburan anda telah tiada, maka anda tidak boleh berbelanja lagi untuk hiburan anda. Di akhir tempoh perbelanjaan anda nanti, anda akan mendapati ada kategori yang masih mempunyai lebihan baki. Anda boleh gunakan baki tersebut untuk kategori yang lain yang telah habis hadnya. Atau lebih baik jika anda menggunakan baki tersebut untuk melangsaikan hutang anda. Anda perlu mengubahsuai belanjawan anda setiap bulan untuk mendapat satu belanjawan yang sesuai dengan cara hidup anda dan tidak membebankan. Apa yang penting ia juga turut membantu anda melangsaikan hutang anda.

LANGKAH 7

Langkah terakhir ini adalah langkah pencegahan. Anda perlu menahan diri anda dari terlibat dengan hutang. Elakkan diri anda dari menggunakan kad kredit jika tidak betul-betul terdesak seperti membayar bil perubatan, kekurangan tunai dan sebagainya. Bayar balik dengan segera hutang kad kredit anda bagi mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas anda. Elakkan dari menggunakan sistem ansuran bulanan. Jika anda benar-benar memerlukan barang tersebut, kurangkan mana-mana perbelanjaan anda yang tidak penting untuk menabung dan membelinya secara tunai. Mungkin anda akan memakan masa sehingga setahun dan pada waktu itu barang tersebut telah pun turun harganya atau pun jenama yang lebih canggih telah dipasarkan dengan harga yang sama. Anda tidak akan rugi apa-apa malahan anda akan lebih beruntung kerana dalam setahun itu anda telah berjimat untuk membeli. Apabila anda telah membeli barang tersebut, anda akan memiliki lebihan dari perbelanjaan yang anda jimatkan.
Pakar ekonomi meletakkan dua kaedah untuk mengimbangi kewangan anda. Pertamanya kaedah bertahan (defense) dan keduanya menyerang (offense). Anda boleh pilih salah satu atau kedua-duanya. Jika anda telah berkeluarga, anda boleh gunakan offensive manakala pasangan anda menggunakan defensive.

Kaedah Defensive

Kaedah Defensive adalah dengan berjimat dan wang hasil penjimatan itu digunakan untuk melangsaikan hutang anda. Bagaimana kaedahnya ? Di sini kami berikan 3 contoh :

Pertamanya dengan menjimatkan pembayaran cukai. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pemotongan cukai pendapatan. Antaranya melalui pelan Takaful atau insuran, sumbangan dan derma dan pembelian buku-buku ilmiah. Sila hubungi LHDN untuk keterangan lanjut.

Keduanya dengan membeli hanya pada musim potongan harga. Walaupun agak lucu tetapi ia adalah di antara perancangan kewangan semasa membeli belah. Jika anda mahu membeli pakaian kerja, belilah pada waktu perayaan atau hujung tahun untuk mendapatkan potongan harga.

Ketiganya hidup dalam keadaan yang anda mampu. Ini satu amalan yang terpuji dalam Islam. Kesederhanaan. Anda tidak akan menghadapi masalah kewangan sekiranya anda sentiasa bersederhana dalam hidup. Jangan diikutkan cara hidup orang lain. Mereka mampu, anda tidak mampu.

Kaedah Offensive

Kaedah offensive adalah dengan mencari pendapatan tambahan bagi membayar hutang-hutang. Jika jumlah pembayaran hutang anda adalah sebanyak RM 1000, cari pendapatan tambahan untuk amaun itu atau sekurang-kurangnya setengah daripadanya. Dengan cara ini, anda bukan sahaja tidak menggunakan pendapatan tetap anda tetapi anda juga akan mendapat pendapatan tambahan apabila hutang anda habis dibayar. Di sini kami berikan 3 contoh pendapatan tambahan:

Pertamanya dengan membuka perniagaan sendiri. Anda boleh berniaga sama ada menjual produk atau perkhidmatan. Gunakan kemahiran yang anda ada untuk menambah pendapatan dengan berniaga. Jka anda pandai memasak, jual nasi lemak setiap pagi sebelum anda ke pejabat atau jualkan kepada rakan sepejabat. Jika anda pandai mereka website, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda untuk membuat website.

Keduanya dengan perkhidmatan sewa. Anda boleh sewakan apa sahaja milik anda kepada rakan-rakan anda. Bukan hanya rumah, anda juga boleh sewakan kereta, motorsikal, bahkan VCD & DVD original yang anda beli juga boleh disewakan. Ramai orang membeli kereta dengan berhutang dan menyewakannya untuk membayar balik hutang tersebut.

Ketiganya dengan mendapat komisyen. Anda boleh menerima komisyen dari mana-mana syarikat hasil usaha anda membantu perniagaan mereka. Jika anda memperkenalkan rakan anda kepada jurujual kereta dan dia berjaya menjualkannya, anda akan mendapat komisyen sehingga RM 400 bagi sebuah kereta. Begitu juga jika anda mempromosikan barangan sesebuah syarikat, anda akan mendapat komisyen hasil jualan produk tersebut.

NILAI BERSIH

Apakah Nilai Bersih Anda?

Aset


Aset merupakan benda yang anda miliki. Walaupun anda masih hutang ke atas benda itu, ini dimasukkan dalam senarai benda-benda yang anda miliki. Ia boleh termasuk benda-benda seperti kereta, perabut, rumah, motosikal, arang kemas, keahlian kelab golf, akaun simpanan, wang tunai dan pelaburan anda. Untuk menentukan jumlah aset anda, anda akan hendak menentukan nilai pasaran yang munasabah, bukan nilai pembelian anda membeli benda itu. Pertimbangkan apakah sesuatu benda bernilai jika anda menjualkannya. Mesti jujur dengan diri sendiri dan anggaran anda. Mengira nilai bersih anda boleh membantu anda membuat keputusan kewangan anda dan keluarga anda.


Liabiliti

Liabiliti ialah benda yang anda hutang. Apabila anda sedang menyenaraikan liabiliti, anda akan hendak menyenaraikan bukan sahaja harga pelekat, tetapi amaun penuh yang anda akan bayar selepas caj kewangan. Misalnya, liabiliti anda bukan kos rumah, tetapi jumlah amaun pinjaman yang hendaklah dibayar balik. Sebaik-baiknya, anda akan mempunyai lebih banyak aset daripada liabiliti, tetapi pasti melihat kedua-duanya. Apabila anda menyediakan penyata nilai bersih anda, anda sedang melihat satu takat masa. Liabiliti dan aset anda, anda mungkin melihat pada satu ketika masa

KEBANKRaPAN

Apakah kebankrapan ?


Kebankrapan merupakan prosedur sah yang sepatutnya digunakan sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah kewangan, setelah anda mencuba pilihan yang lain. Satu keputusan untuk memohon kebankrapan ialah langkah yang serius, dan dalam banyak kes, ia tidak akan membersihkan rekod kredit anda dengan sepenuhnya atau memberi anda permulaan yang baru. Ia juga kekal dalam laporan kredit anda untuk beberapa tahun yang tertentu bergantung kepada undang-undang kebankrapan negara anda, dan mungkin menjejaskan kebolehan anda membeli rumah ataupun memperoleh insurans kereta. Selain itu, kebankrapan mungkin tidak membenarkan anda menyimpan harta apabila pemiutang mempunyai gadai janji yang tidak dibayar atau lien atasnya.




Apa Mungkin Berlaku?


Undang-undang kebankrapan tiap-tiap negara mungkin berbeza, dan kewajipan yang diakibatkan permohonan kebankrapan mungkin berbeza. Berunding dengan bank atau penasihat kewangan atau undang-undang anda sebelum membuat keputusan. Ini akan membantu anda memutus sama ada memohon kebankrapan merupakan pilihan tunggal ataupun wujudnya alternatif yang lebih baik. Secara umum, sekiranya anda diisytiharkan bankrap, mahkamah biasanya melantik Penerima Rasmi untuk mengendalikan hal-hal bankrap itu, yang termasuk penjualan aset, pendaftaran tuntutan pemiutang dan membayar dividen kepada pemiutang anda. Penerima Rasmi ialah pekerja awam dan kakitangan mahkamah. Penerima Rasmi mengambil alih hak milik aset anda dan bertanggungjawab merealisasikannya dan membayar satu dividen kepada pemiutang anda. Jika anda diupah, Penerima Rasmi akan menilai sumbangan yang mesti anda lakukan untuk membayar balik hutang anda, selepas mengambil kira apa yang anda perlukan secara munasabah untuk menyara anda sendiri dan keluarga anda. Terdapat banyak batasan yang mungkin dikenakan kepada anda sekiranya anda diisytiharkan bankrap. Anda mungkin tidak dibenarkan meninggalkan negara tanpa kebenaran Penerima Rasmi. Secara umum, anda tidak boleh membawa atau meneruskan sebarang tindakan mahkamah, anda juga mungkin tidak layak dilantik atau bertugas sebagai pemegang amanah, memainkan peranan yang langsung atau tidak langsung dalam pengurusan sesebuah syarikat atau perniagaan atau berfungsi sebagai pengarah sesebuah syarikat tanpa kebenaran mahkamah. Di Malaysia, untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap seseorang individu, amaun minimum hutang yang belum dibayar mesti RM10,000, jika tidak, pemiutang tidak boleh mendapatkan rekursa. Undang-undang kebankrapan Malaysia adalah berdasarkan kepada undang-undang Inggeris dan jatuh di bawah bidang kuasa Akta Kebankrapan 1967. Jika anda tidak bertindak balas dalam had tempoh untuk penyelesaian penuh atau perundingan penyelesaian apabila menerima satu notis kebankrapan, anda telah melakukan satu perbuatan kebankrapan. Walau bagaimanapun, Akta Kebankrapan telah dipinda, memberikan kuasa budi bicara kepada Penerima Rasmi membenarkan kategori bankrap tertentu untuk dilepaskan dan memberikan mereka “peluang kedua”. Bankrap lain yang mendapatkan reprief di bawah Akta yang telah dipinda itu ialah penjamin pinjaman, mereka yang menderita disebabkan kegawatan kewangan dan mereka yang sakit, tua dan menganggur. Penerima Rasmi menggunakan beberapa kriteria seperti kelakuan dan tingkah laku sebagai bankrap sebelum dan selepas kebankrapan, sebab-sebab diisytiharkan bankrap, umur, status kewangan dan keupayaan membayar balik hutang. Oleh itu, jika anda telah menjalankan tugas anda sebagai bankrap seperti membuat pembayaran kerap kepada Penerima Rasmi dan memberikan kerjasama anda yang penuh semasa prosiding kebankrapan, anda boleh memohon untuk pelepasan anda tetapi hanya lima tahun selepas tarikh Perintah Penerimaan dan Penghukuman anda. Penerima Rasmi akan kemudian mengeluarkan satu "Sijil Pelepasan Penerima Rasmi" kepada anda.

MEMINJAM: BAGAIMANA?

Strategi-strategi Peminjaman

Apabila anda memikirkan tentang meminjam wang, terdapat beberapa perkara yang hendak dipertimbangkan. Sebaik-baiknya, anda harus dapat:
· Mengenal pasti berbagai-bagai sumber dan institusi yang memberi pinjaman
· Menilai syarat pinjaman
· Mengetahui bagaimana mengira kos kredit
· Menentukan had hutang anda sendiri



Di manakah Anda Boleh Meminjam?

Kebanyakan kredit pengguna datang dari bank-bank, institusi-institusi simpanan dan pinjaman, persatuan-persatuan kredit, syarikat-syarikat kewangan, dan syarikat-syarikat kad kredit. Tambahan pula, banyak orang meminjam daripada saudara mara atau individu-individu lain yang mungkin atau tidak mungkin merupakan sumber kredit yang baik. Individu-individu yang memberi pinjaman tetapi tidak mempunyai tempat perniagaan yang tetap mungkin menawarkan kepada anda pinjaman yang mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar faedah yang sah. Di mana-mana yang anda meminjam, pastikan anda mendapatkan kontrak yang ditandatangani, dan MEMBACA HURUF BERCETAK HALUS termasuk syarat-syarat dan pengiraan caj kewangan.



Berapa Banyak hendak Diperuntukkan?

Apabila anda mengambil sesuatu pinjaman, anda perlu menyedari tentang berapa banyak yang anda perlu memperuntukkan pada mulanya. Untuk kebanyakan pinjaman, biasanya anda akan memerlukan satu bayaran muka yang akan merupakan peratusan jumlah pinjaman yang diambil. Ini mungkin akan merupakan julat di antara 19% dan 25% daripada pinjaman bergantung kepada jenis pinjaman, pendedahan anda kepada pinjaman lain dan kepercayaan kredit anda. Di samping itu, anda akan perlu memperuntukkan untuk ansuran bulanan anda berserta dengan faedah yang dikenakan. Sekali lagi ini akan bergantung kepada tempoh pinjaman dan kadar faedah yang akan dicajkan oleh institusi kewangan itu. Akhirnya, anda juga akan perlu memperuntukkan untuk cukai jalan, insurans, lain-lain cukai seperti cukai tanah atau cukai taksiran rumah anda. Sekali lagi, semua ini akan bergantung kepada jenis pinjaman yang telah anda pohon.



Pinjaman-pinjaman Yang Paling Biasa



Sewa Beli

Di Malaysia, salah satu cara yang paling biasa untuk memiliki sebuah kereta atau motosikal ialah melalui sewa beli. Ini merupakan penyewaan sebuah kenderaan bermotor dengan pilihan untuk membelinya dan anda perlu menandatangani satu persetujuan sewa beli dengan syarikat kewangan itu. Apabila anda mengambil kemudahan sewa beli, anda sedang menyewa kereta itu daripada syarikat kewangan anda yang merupakan pemilik kenderaan itu. Syarikat kewangan itu membayar penjual (biasanya pembuat/pengedar kereta atau peniaga kereta terpakai) untuk kereta itu dan satu amaun bulanan yang ditentukan terdahulu untuk menampung jumlah harga belian kereta itu untuk beberapa tahun. Kadar faedah untuk sewa beli biasanya ditetapkan dan diperuntukkan secara pro rata dalam amaun bulanan yang ditentukan terdahulu itu dalam tempoh bilangan tahun kemudahan itu.

Pinjaman Perumahan

Pinjaman perumahan juga merupakan sejenis pembiayaan yang sangat biasa di Malaysia. Apabila anda memutuskan hendak membeli rumah impian anda, anda biasanya akan pergi ke sebuah bank untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah impian anda. Ini berfungsi dalam cara yang sama dengan kemudahan sewa beli tetapi anda akan menadatangani persetujuan pinjaman dengan bank yang memberi pinjaman dan bukan persetujuan sewa beli. Bank itu akan membayar penjual (biasanya pemaju hartanah atau seorang individu jika ia berkenaan dengan rumah lama) untuk rumah itu sedangkan anda membayar bank sekali gus sebagai bayaran muka dan satu amaun bulanan yang ditentukan terdahulu untuk beberapa tahun. Amaun pinjaman dan tempoh pembayaran balik akan banyak bergantung kepada keupayaan kewangan anda untuk membayar balik amaun yang hendak dipinjam dan juga umur anda. Makin tua anda pendek tempoh pembayaran balik sebab biasanya ia dikaitkan kepada masa anda bekerja.Anda biasanya dianggap tidak boleh membayar ansuran bulanan sebaik sahaja anda berhenti bekerja sebab anda tidak akan lagi mempunyai punca pendapatan yang stabil. Pemilikan rumah dipidah daripada bank kepada anda hanya apabila telah menyelesaikan sepenuhnya pinjaman itu dan semua caj yang masih belum dibayar. Faedah dicajkan sebagai sesuatu peratusan lebih daripada Kadar Pinjaman Asas (KPA). Margin faedah ini biasanya naik turun mengikut ekonomi negara dan juga prestasi kewangan bank yang memberi pinjaman. Sebagai pembiayaan rumah alternatif, anda juga boleh mengambil pinjaman daripada syarikat insurans anda atau membuat pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda untuk membayar pembelian rumah anda atau mengurangkan amaun pinjaman dari semasa ke semasa. Membiayai semula pinjaman perumahan adalah lazim juga dan biasanya berlaku apabila anda berasa bank yang pinjamkan anda mengecaj anda faedah yang terlalu tinggi berbanding dengan bank-bank lain. Walau bagaimanapun apabila anda memutuskan hendak membiayai semula rumah anda dengan bank yang lain anda akan perlu menandatangani satu persetujuan pinjaman baru dengan bank baru yang memberi pinjaman dan ini mungkin melibatkan fi guaman. Untuk memberi justifikasi kepada pembiayaan semula, anda akan perlu membandingkan kos mendapatkan pinjaman baru bersama dengan jumlah amaun RM dan faedah yang anda akan jimatkan berbanding dengan kos mengekalkan pinjaman lama itu.



Jaminan Peribadi

Untuk sebarang pinjaman, sebuah institusi kewangan biasanya akan menjalankan satu penilaian kredit ke atas pemohon pinjaman untuk menentukan kepercayaan kreditnya. Berasaskan keputusan penilaian ini, institusi kewangan mungkin memerlukan seseorang untuk bertindak sebagai penjamin anda untuk kemudahan pinjaman yang anda memohon. Ini ialah sekuriti tambahan untuk bankdi samping kereta atau rumah yang institusi kewangan itu gunakan sebagai cagaran sekiranya anda mungkir dalam ansuran bulanan anda. Jika anda diminta menjadi penjamin untuk kawan atau saudara anda, berwaspada sebab jika peminjan mungkir dalam apa-apa pembayaran anda akan bertanggungjawab untuk bahagian pinjaman yang belum dibayar bersama dengan faedah yang dihutang dan apa-apa penalti yang dicajkan oleh institusi kewangan itu. Sebagai penjamin peribadi, institusi kewangan boleh mendesak anda membayar balik amaun penuh yang belum dibayar sementara kereta dan rumah masih didaftarkan dalam nama peminjam.



Kos Meminjam

Kredit memerlukan wang! Kos kredit akan banyak berubah bergantung kepada cara yang digunakan mengira baki yang mana anda membayar caj kewangan. Biasanya adalah sukar untuk mengira caj kewangan apabila anda mula menggunakan kad kredit dengan kerap dan mempunyai baki. Apa yang paling penting tentang caj kewangan ke atas kad kredit ialah: Cuba jelaskan hutang kad kredit anda setiap bulan. Jika anda tidak mampu menjelaskan hutang kad kredit anda setiap bulan, buat bayaran yang terbesar yang anda mampu, dan menjelaskan hutang kad itu sebelum anda membuat satu lagi pembelian. Pengeluar kad kredit yang berbeza mungkin menawarkan rancangan kadar faedah yang berbeza. Pastikan anda memahami cara pengiraan faedah sebelum anda memusingkan baki kredit anda.

KEDUDUKAN HUTANG DALAM ISLAM

HUTANG DALAM AL QURAN

Adalah didapati iaitu ayat-ayat mengenai hutang piutang bersifat jelas, bukan jenis mutasyabihat. Namun begitu, kami berpendapat bahawa hanya orang-orang yang berpengetahuan dalam pengurusan kewangan dan perdagangan sahaja yang dapat memahaminya dengan lebih mendalam dan menghuraikannya dengan panjang lebar. Kami hanya mampu untuk memberi sedikit pandangan seperti dari kaca-mata seorang amatur.

Berat

Daripada al-Qur'an difahamkan bahawa amalan berhutang adalah berat di sisi Allah. Hutang harus dibayar walaupun selepas penghutang meninggal dunia. Pembayarannya pula dibuat dengan harta yang ditinggalkan. Terdapat dua ayat Allah yang menyebut mengenainya, iaitu 4:11 dan 4:12.
Kedua-dua ayat tersebut adalah mengenai pembahagiaan harta yang ditinggalkan orang yang meninggal dunia. Hartanya hanya boleh dibahagi dan diberi kepada pihak-pihak yang berhak menerima setelah menyempurnakan wasiat, dan sebarang hutang yang belum dibayarnya. Dengan itu, didapati bahawa hutang yang ditanggung, selain wasiat, adalah lebih utama daripada ahli keluarga yang terdekat dalam hukum Allah.

Jual beli

Hutang kerap berlaku dalam urusan jual beli. Amalan itu diharuskan Allah, lalu pengurusannya digariskan di dalam al-Qur'an. Misalan, segala kontraknya hendaklah ditulis, dan ia ditulis oleh orang yang "telah diajar Tuhan mengenainya", yang bermaksud orang yang mengetahui, seperti seorang peguam. Termasuk yang ditulis adalah tempoh perhutangan. Firman-Nya:
"apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya"
Keterangan itu terkandung di dalam ayat yang paling panjang di dalam al-Qur'an. Dan ayat itu menyentuh mengenai pengurusan hutang piutang dalam jual beli. Selanjutnya, ayat tersebut (2:282) menjelaskan bahawa penghutanglah yang mengimlakkan syarat-syarat dalam kontrak, bukan orang atau pihak yang menghutangkan. Firman-Nya,
"hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya."
Kata-Nya lagi:
"Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil."
Maka penulis, yang terdiri daripada selain penghutang dan pihak yang menghutangkan, hendaklah diadakan dalam kontrak tersebut. Dia, sebaik-baiknya pula, adalah seorang peguam.

Saksi

Setelah penulis menuliskan apa yang perlu dalam kontrak, maka saksi-saksi harus hadir untuk menyaksikan persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Para saksi terdiri daripada dua orang lelaki, atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Firman-Nya:
"dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat (silap), yang lagi seorang akan mengingatkannya."
Sebab diadakan dua orang saksi daripada kaum wanita untuk mengganti seorang lelaki, yang tidak dapat didatangkan, adalah kerana takut "sesat" atau menurut sesetengah pendapat, takut membuat "silap". Telah timbul beberapa pendapat mengenainya, dan suruhan Allah itu, atau hikmah-Nya, telah dianggap oleh sesetengah pembidas Islam sebagai satu diskriminasi terhadap kaum perempuan.
Namun, suatu pendapat didapati menarik, iaitu sekiranya para saksi terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja, maka melalui perkahwinan antara keduanya, atau antara dia (saksi perempuan) dengan, sama ada penghutang atau orang yang menghutangkan, ketidakadilan dan kerugian ditakuti akan berlaku.
Itu hanyalah pendapat seseorang. Mungkin ada pendapat lain yang lebih tepat untuk memberi makna kepada hikmah Tuhan tersebut.
Penjelasan mengenai saksi dan penulis disambung lagi, di samping menyebut lagi mengenai tempoh perhutangan:
"Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu ....... Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu."
Syarat mengadakan penulis dan saksi adalah hanya untuk jual beli yang dilangsungkan secara hutang. Bagi urusan yang dijalankan dengan tunai mereka tidak diperlukan. Firman-Nya (petikan terakhir daripada ayat terpanjang di dalam al-Qur'an):
"kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya." (2:282)
Lain pula dengan urusan jual beli yang dijalankan semasa dalam perjalanan. Apabila seorang penulis tidak dapat didatangkan, dia diganti dengan satu cagaran. Atau, jika kedua-dua belah pihak saling mempercayai satu sama lain maka gugurlah syarat mengadakan cagaran tersebut. Firman-Nya:
"Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat." (2:283)

Jalan Allah

Amalan berhutang turut berlaku di jalan Allah. Umpamanya, terdapat orang yang berhutang untuk menerbitkan kitab al-Qur'an atau terjemahannya yang akan diberi secara percuma kepada orang ramai, atau dijual tanpa mengambil untung. Baginya hendaklah diberi bantuan. Bantuan yang diberi itu dikira sebagai sedekah, pada pandangan Allah. Firman-Nya:
"Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana." (9:60)

Sedekah

Seperkara lagi mengenai penghutang. Jika dia ditimpa kesukaran, haruslah diberi tangguh kepadanya sehingga dia kembali dalam keadaan senang. Atau, sekiranya didapati ada kebaikan, maka hutangnya wajar disedekahkan kepadanya. Firman Tuhan,
"Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui." (2:280)

Riba

Ingin juga dibincang di sini perkara mengenai riba walaupun tidak disebut oleh pengirim surat di atas. Sebab ia difikirkan bersangkut-paut dengan jual beli, perdagangan dan hutang piutang.
Ayat-ayat riba (terutamanya yang pertama kali disebut di dalam al-Qur'an) dan jual beli atau perdagangan didapati seolah serumpun. Andaian dibuat setelah melihat ayat-ayat 2:275 hingga 2:283, di mana setelah memperkatakan mengenai riba lalu jual beli dan pengurusan hutang piutang pula dinyatakan.
Malahan, kandungan ayat riba yang pertama di dalam al-Qur'an menunjukkan ia berkaitan dengan jual beli, berbunyi,
"mereka mengatakan, 'Jual beli adalah serupa dengan riba.'" (2:275)
Oleh kerana itu, riba adalah seperti jual beli, yang melibatkan keuntungan. Dan mengambil untungpula, atau memakan harta manusia dalam perdagangan atau jual beli adalah amalan yang dihalalkan Allah. Firman-Nya,
"janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu." (4:29)
Akan tetapi, memakan harta orang lain dengan cara palsu dilarang Allah. Seperti itu juga riba, yang disamakan dengan perbuatan tersebut dalam sebuah ayat berbunyi,
"Dan kerana pengambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu;" (4:161).
Justeru, riba dilarang Allah. Itu kerana ia melibatkan mengambil untung dua kali ganda dan berganda-ganda, dalam apa jua bentuk perniagaan, termasuk kewangan. Amalan mengambil riba merugikan orang ramai. Firman-Nya,
"janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung." (3:130)
Riba bukan sahaja keuntungan yang berlipat kali ganda untuk diri sendiri tetapi boleh juga diberi untuk orang lain. Misalannya pelaburan dalam syer atau saham di mana mereka yang melabur boleh mendapat keuntungan yang dilarang Tuhan. Firman-Nya,
"Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah;" (30:39).

Haram

Satu daripada sebab riba dilakukan ialah kerana sifat haloba yang bersembunyi dalam diri. Sifat ini merugikan. Firman Allah,
"Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung." (64:16)
Amalan riba bersifat zalim (2:279). Sesuatu yang mendatangkan mudarat tentu diharamkan Allah, lalu Dia dengan tegas menyatakan bahawa riba itu haram. Sesiapa yang tidak meninggalkannya akan dibalas dengan Api (neraka) dan tinggal di dalamnya selama-lamanya. Firman Tuhan,
"Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya." (2:275)
Setelah jelas diajar Tuhan mengenai pengurusan hutang piutang, perdagangan dan riba, tentu dapat dikesan di mana terletak kelemahan dalam sistem tersebut seperti yang dilaksanakan dewasa ini. Kelemahan itu disebut oleh pengirim surat di atas. Orang lain yang arif mengenainya akan bersetuju dengan pengirim surat yang menyatakan bahawa sistem perbankan kini dan IMF bersifat menindas manusia.

SELESAIKAN HUTANG KAD KREDIT ANDA


SELESAIKAN HUTANG KAD KREDIT ANDA

Kepada Pengguna kad kredit yang dihormati, Adakah anda sedar bahawa kadar faedah yang dikenakan ke atas baki tertunggak anda(outstanding balance) ialahsebanyak 18% Setahun Atau 1.5% Sebulan? Tahukah anda caj faedah yang dikenakan atas baki tertunggak andadilakukan secara harian? Adakah anda runsing memikirkan baki tertunggak anda di dalam akaun anda tidak tidak pernahhabis-habis bayarannya walaupun anda membayarnya tiap-tiap bulan? Jadi, mengapa anda tidak menyelesaikannyadengan cara yang mudah? Tahukah anda ramai rakyat Malaysia muflis akibat hutang kredit kad? Pada masa sekarang ini di mana harga minyak dan barangan naik, tetapi gaji masih di tahap tu juga telah menyebabkanpermasalahan hutang kad kredit membebankan kita semua sebagai pengguna. Oleh sebab itu, saya cuba menyusun tipstips mengenai cara-cara pengurusan kad kredit yang efisyen yang telah saya perolehi dan pelajari daripada pakar-pakarperunding kewangan serta pengalaman saya sendiri sebagai pekerja dan pemegang kad kredit.
PENGURUSAN HUTANG KAD KREDIT (DEBT MANAGEMENT)
Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara tiga cara seperti di bawah :- 1. Melalui pembiayaan semula pinjaman rumah anda Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihanuntuk menyusun semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan semula pinjaman (re-financing). Bukan sahajaanda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dankadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akanmeringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusandengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahunberbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbandingdulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati. Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kiniberkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadarfaedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (deficit)supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang. Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpamembuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yangmempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan andamenanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih. 2. Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus) Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihanwang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan TabungKecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda.Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluankecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan iniboleh anda simpan di dalam saham unit amanah (unit trust), berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanyamemberi pulangan keuntungan 1% ,2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkansupaya memiliki insurans hayat (Takaful) atau insurans kad perubatan. Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai cajfaedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbandingkad kredit islamik 1.25% Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain,gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini sekarang sedang dijalankan olehKad Kredit Al-Taslif Jika semua kad kredit anda mengenakan caj faedah yang lebih kurang sama, maka gunakan lebihan wang tadi untukmembayar kad kredit yang mempunyai baki yang terendah dulu. Lebih banyak baki kad kredit yang anda kurangkan, lebihcepat ia akan selesai. Anda sendiri akan merasa lebih seronok apabila melihat satu persatu kad kredit anda dapatdiselesaikan (moral boost). Dengan cara begini, ia akan mengurangkan jumlah kad kredit di dalam pegangan anda keranasetiap kad kredit yang anda pegang, mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar. Sesetengah orang gemar membuat potongan simpanan (forced saving) ke dalam saham unit amanah (unit trust). Ianyajuga amat baik dilakukan kerana memberi pulangan sekitar 7% - 9% setahun. Di samping potongan simpanan, saham unitamanah boleh dibeli melalui pengeluaran akaun 1 KWSP anda. 3. Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit) Jika anda tidak mempunyai rumah yang sudah naik nilai pasarannya dan mempunyai baki aliran tunai yang negative(defisit), perkara penting yang anda mesti buat adalah cuba ubah-suai semua perbelanjaan bulanan anda denganmengurangkan perbelanjaan yang tidak penting semaksima yang boleh seperti rokok, suratkhabar/majalah, kosmetik dansebagainya. Jika baki aliran tunai masih lagi negative selepas pengubah-suaian perbelanjaan bulanan, besar kemungkinan iadisebabkan komitmen bulanan yang tinggi ke atas bayaran pinjaman-pinjaman anda (terutamanya dari hutang kad kredit).Samada anda sedar atau tidak, anda sebenarnya di dalam keadaan bahaya kerana setiap bulan anda berbelanja lebih darikemampuan anda. Dalam erti kata lain, setiap bulan hutang anda semakin bertambah. Sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk seperti gagal membuat pembayaran ke atas pinjamanpinjaman anda dan diseret ke mahkamah, andaperlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu denganmemindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat. Cara sebegini juga dipanggil Debt Consolidation dan hanya perlu digunakan apabila anda sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangkan komitmen bulanan anda agar tidak menghadapi masalah kewangan yang lebih besar kelak. Contoh : Baki kad kredit RM 15,000 untuk 3 kad kredit dari pelbagai bank. Bayaran bulanan minima 5% tentunya RM 750. Jika jumlah hutang kad kredit RM 15,000 itu dikumpulkan dan diletakkan ke dalam satu akaun pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.55% setahun untuk tempoh 7 tahun, komitmen bayaran bulanan akan berkurangan menjadi RM 273 sebulan. Dalam erti kata lain, dengan pengurangan komitmen bayaran bulanan, anda sudah boleh menarik nafas lega. Cuma dari segi penjimatan faedah, ia sebenarnya tidak menguntungkan anda kerana kadar faedah sebenar bagi pinjaman peribadi 7.55% setahun itu adalah 13% setahun (mengikut kadar APR) dan tempoh pinjaman anda juga telah dipanjangkan kepada 7 tahun i.e. 84 bulan. Memang dari segi komitmen bulanan, anda untung kerana komitmen bulanan berkurangan, tetapi jumlah faedah yang anda perlu bayar sekarang sudah bertambah atas sebab-sebab di atas. Oleh itu, apabila kewangan anda sudah bertambah kukuh, cuba bayar lebih kepada pinjaman peribadi anda pula supaya ia cepat selesai. Tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengawal perbelanjaan anda melalui belanjawan bulanan atau membuat penyata aliran tunai bulanan. Penyata aliran tunai ini akan mengingatkan anda apa yang perlu dibelanjakan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja lebih dari kemampuan anda lagi dan ditimpa masalah hutang yang sama seperti dulu.

Tips Bebas Hutang


BEBAN HUTANG
Apakah Beban Hutang?


Beban hutang ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan amaun hutang seseorang pengguna. Ia sering digunakan untuk memahami jika anda sedang membawa satu amaun kredit yang “selamat”. Pemiutang melihat nisbah hutang/pendapatan, membandingkan pendapatan anda dengan perbelanjaan anda untuk menganalisakan sama ada anda mempunyai hutang yang lampau. Nisbah hutang/pendapatan mendedahkan betapa baik, atau buruk gambaran kewangan anda secara kerap. Anda boleh mengira nisbah ini sendiri. Jumlahkan semua bayaran bulanan bukan-perumahan kecuali utiliti dan cukai anda. Kemudian bandingkan jumlah itu dengan jumlah kasar pendapatan tahunan anda dibahagikan dengan 12. Apabila anda membahagikan bayaran hutang bulanan anda dengan jumlah pendapatan bulanan anda, anda akan mendapat nisbah hutang/pendapatan bukan-perumahan bulanan anda. ContohPendapatan kasar bulanan ialahRM2,000Hutang bulanan ialah RM500(Contohnya pembayaran kad kredit, bil petrol dan pembayaran kereta, dan sebagainya)RM500/RM2,000 = 25 peratusNisbah hutang/pendapatan anda ialah 25 peratus



Peraturan Ikut Kebiasaan

Sekiranya hutang bukan-perumahan anda ialah 10 peratus atau kurang, maka anda mempunyai kesihatan kewangan yang baik. Sekiranya hutang bukan-perumahan anda antara 10 hingga 20 peratus, maka anda mungkin mampu memperoleh kredit, tetapi semakin anda hampir kepada 20 peratus, anda mungkin perlu mula berfikir untuk mengurangkan beban hutang anda. Pernah wujud banyak percubaan untuk menghasilkan formula untuk menetapkan had untuk amaun hutang perumahan yang seseorang boleh menanggung. Satu peraturan rasmi ialah dua (atau 2.5 hingga 3) kali pendapatan tahunan anda. Sekiranya pendapatan rumahtangga tahunan ialah RM70,000, sebuah syarikat gadai janji mungkin memberi pinjaman sehingga RM210,000, dengan syarat rumah itu mempunyai nilai yang sama dengan wang itu dan faktor kredit yang lain adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, mesti berjaga-jaga. Janganlah disebabkan pemberi pinjaman mungkin sudi memberikan kredit tidak bermakna anda seharusnya meminjam amaun itu. Anda juga harus mengambil kira perbelanjaan tetap dan berubah spesifik anda untuk menentukan keupayaan anda sendiri untuk membayar. Berapa banyak anda membelanjakan untuk harta tanah mungkin bergantung kepada negara mana anda tinggal. Perlulah ingat bahawa jika anda mempunyai hutang harta tanah yang tinggi, anda mungkin hendak mengurangkan nisbah hutang/pendapatan untuk mengimbanginya.



Peraturan 28/36

Di sini terdapat satu lagi peraturan yang digunakan oleh pemberi pinjaman gadai janji – “peraturan 28/36”. Pembayaran balik hutang rumahtangga bulanan anda tidak sepatutnya melebihi 28 peratus daripada pendapatan bulanan kasar anda. Jumlah pembayaran balik hutang anda, termasuk pembayaran perumahan anda dan semua pembayaran lain, tidak sepatutnya melebihi 36 peratus daripada pendapatan bulanan kasar anda. Peratusan mungkin boleh diselaraskan mengikut kos sara hidup dan harga harta tanah negara-negara individu.



Lebih Banyak Hendaklah Difikirkan Tentang Hutang
Untuk menentukan had beban hutang anda sendiri, anda juga perlu mempertimbangkan:

· Kestabilan pendapatan anda
· Perbelanjaan lain anda yang kerap
· Keperluan anda untuk wang tunai dari bulan ke bulan
· Perubahan dalam keperluan tunai anda apabila anda dan keluarga anda makin tua
· Semua keperluan dan keinginan peribadi anda serta gol-gol
· Sebarang perbelanjaan luar biasa yang anda mempunyai yang akan mempengaruhi peraturan standard seperti menyayangi ahli-ahli keluarga yang sakit atau keperluan perubatan khas
· Perlulah ingat bahawa hutang anda MEMBELANJAKAN pendapatan masa depan anda. Dan kini anda mempunyai wang yang kurang untuk membuat sesuatu yang anda hendak buat sebab anda mesti membayar untuk barang yang anda telah beli dan dalam banyak kes, telah dibuang

Mulakan tabiat berjimat yang kerap. Adalah lebih murah untuk berjimat bagi sesuatu benda terdahulu daripada membeli benda itu secara kredit dan kemudian membayar ansuran dengan faedah terakru. Pastikan beban hutang masa depan anda adalah berpatutan.



Tanda-tanda Amaran

Adalah sukar untuk mengakui apabila anda mempunyai masalah hutang. Ini adalah semula jadi. Hutang boleh jadi menyakitkan. Di sini terdapat sesetengah perkara yang mungkin menunjukkan anda sedang menuju masalah.

· Bil bulan hadapan sudah diterima sebelum anda membayar bil bulan lepas
· Anda berasa kecewa apabila anda mula menulis cek
· Terdapat lebih banyak bil daripada yang dijangkakan
· Anda ketahui apakah notis-notis hutang lampau tempoh kelihatan
· Anda mendapatkan satu baki lampau tempoh dalam penyata kad kredit
· Anda mengelakkan daripada membuka surat atau menjawab pangilan telefon
· Anda jarang menyimpan imbangan berlari dalam buku cek anda

Sunday, February 4, 2007

CARA MENJANA WANG HALAL DI INTERNET- PERCUMA UNTUK ANDA

MERUBAH NASIB DIRI DAN MEMBINA KERJAYA SENDIRI


AL-QURAN MENGGALAKKAN UMAT ISLAM BERNIAGA DAN BERUSAHA

Ekonomi adalah salah satu faktor penting dalam kehidupan kita. Kita saban hari berusaha mencari pendapatan untuk menampung kehidupan kita seharian.

Allah telah menetapkan ekonomi sebagai satu sistem dalam kehidupan manusia. Di dalam sistem itu kita dikehendaki berusaha untuk mencari nafkah dengan jalan yang halal.

Al-Quran sendiri didalam kandungannya terdapat beberapa ayat yang ditujukan khas untuk insan manusia khasnya ahli perniagaan.

Surah An-Nur Ayat 37, Allah berfirman maksudnya: “ Ibadat itu dikerjakan oleh orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli drpd menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberikan zakat: mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”

Didalam Surah Al-Baqarah Ayat 275 juga menyatakan, maksudnya: “ Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri dengan betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung haying kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesunguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba”

REZEKI HALAL MELALUI WORLD WIDE WEB

Bagi mereka yang rajin menulis dan ada kelapangan melakukanya berpeluang menjadikannya pendapatan sambilan, asalkan konsisten dan rajin untuk mengemukakan karya-karya baru atau idea-idea baru untuk tatapan warga internet.

Apa yang penting ialah manfaat yang bakal di terima oleh pembaca yang melayari laman web anda. Anda boleh memulakannya dengan laman web anda sendiri atau pun melalui Blog percuma seperti ini.

Dapatkan bahan-bahan yang anda minati sebagai contoh untuk permulaan, kerana ia akan menarik minat anda untuk menulis dengan lebih lanjut lagi. Anda cuma perlu habiskan masa sejam atau dua jam seminggu untuk berkarya atau menulis idea anda di internet.

GOOGLE ADSENSE

Pernah dengar tak tentang Google Adsense? Google Adsense yang dilancarkan pada 2003 itu membuka lembaran baru dalam dunia pengiklanan di internet!

Ini kerana orang perseorangan boleh memasang iklan di laman web atau blog mereka sendiri dan bukan hanya tertakluk kepada syarikat sahaja.

BAGAIMANA MEMULAKANNYA?

1. CONTENT WRITING ( Penulisan kandungan )

Google hanya membenarkan Adsense dipasang dilaman web yang berwibawa dari segi kandungannya. Google akan menolak kandungan yang berunsur lucah, mempromosi keganasan, karut marut, dan tidak baik untuk pengiklanannya. Kandungan disini meliputi teks, gambar, flash dan lain-lain.

Malah Bill Gates juga mengangap kandungan itu raja ( Content is King )

2. GOOGLE ADSENSE REGISTRATION ( Pendafataran Google Adsense )

Begitu mudah! Pergi ke laman web Google.com

Kemudian pilih ( klik ) Advertising Programs

Seterusnya pilih Google AdSense

Dan klik Click Here To Apply!

Semudah ABC!.......

Anda cuma perlu isikan butiran seperti yang diminta dan tunggukan jawapannya dalam masa beberapa hari sahaja…. Tetapi anda perlu mempunyai akaun GMAIL terlebih dahulu untuk memudahkan urusan anda. GMAIL ialah web based email seperti Yahoo! Mail. GMAIL ialah email yang anda perlukan untuk menerima arahan selanjutnya dari Google.

Setelah anda menerima code iklan anda, bolehlah anda copy and paste kan ke laman anda. Mudah bukan? Tetapi anda tidak dibenarkan untuk klik pada iklan yang anda pasang kerana itu melanggar perjanjian dalam terms & conditions yang telah anda persetujui. Setidak-tidaknya bukan pada computer atau IP address yang anda punya sendiri sewaktu menempah iklan tersebut.

Selamat mencuba!

p.s. anda boleh klik info dibawah yang berkaitan dengan make money from free blog untuk maklumat yang berkaitan. Dari masa kesemasa saya akan menulis content yang berkaitan dengan membuat duit dengan blog percuma dengan lebih lanjut. Insya-Allah